Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (MAFS) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan sepertimana berikut.

1. Pemandu Kenderaan Gred H11
Kekosongan : 110 Simpanan : 600

Tarikh tutup permohonan 09 April 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : MAFS, Semenanjung Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan April 2023

Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Min. - Maks. : RM1,218.00 - RM2,939.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM80.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
  • Lesen D: RM1,264.15
  • Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
  • Lesen F/H: RM1,356.45
  • Lesen G/I: RM1,402.60
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugasan

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my , atau sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 09 April 2023 (Ahad), jam 11.59 malam.

Permohonan jawatan dan kemaskini secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong