Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negara Johor 2024

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/ Kontrak / MySTEP di Perbadanan Taman Negara Johor atau Johor National Parks sebagaimana berikut.

Bil. Jawatan Taraf Kekosongan Tarikh Tutup
1. Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 Tetap Satu (1) 15 April 2024
2. Pengawas Hutan Hred G11 Kontrak Dua (2) 15 April 2024
3. Pembantu Awam Gred H11 Kontrak Satu (1) 15 April 2024
4. Pemandu Kenderaan Gred H11 Kontrak Satu (1) 15 April 2024
5. Pengawal Keselamatan Pelawat & Housekeeping MySTEP Satu (1) 15 April 2024
6. Penguatkuasaan & Keselamatan MySTEP Satu (1) 15 April 2024
7. Juruteknik MySTEP Satu (1) 15 April 2024

Tarikh tutup permohonan 15 April 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Johor National Parks, Johor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Taman Negara Johor April 2024

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis menggunakan pen biru atau hitam sahaja dan ianya hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR oleh pemohon sendiri.(pengesahan tulisan tangan akan dibuat semasa sesi temuduga).

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah diakui sah salinannya.

Catatan Am

i. Hanya calon-calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA.
iii. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temu duga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar atau dimajukan (Waktu Pejabat sekiranya melalui serahan tangan) ke alamat sepertimana berikut:

Pengarah
Perbadanan Taman Negara Johor
Aras 1, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang
Kota Iskandar
79575 Iskandar Puteri
JOHOR DARUL TA’ZIM

Sila tuliskan nama jawatan (huruf besar) yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul surat dengan jelas dan terang.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2024 (Isnin), jam 5.00 petang.

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan boleh dimuat turun disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong