Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKB 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai:

1. Jurutera Gred J41

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Profesional
Klasifikasi perkhidmatan : Kejuruteraan
Jaduan Gaji : RM2,529.00 - RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

ITKA : RM300
ITP : RM300.00
BSH : RM225.00

Jawatan Kosong MPKB 2023

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) (i) Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempata atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman sesawang MPKB-BRI (sila kepautan yang diberikan di bawah).

2. Permohonan dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata perkhidmatan yang terkini mengikut perintah Am bab A 17.

3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan / surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah diisi secara atas talian bermula 29 Mac 2023 sehingga 11 April 2023.

Perhatian

i) Permohonan yang lewat diisi tidak akan dilayan.

ii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong