Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JUPEM 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) 2023. Pejabat Penasihat Undang-undang, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP sepertimana berikut.

1. Personel MySTEP

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JUPEM Mac 2023

Jawatan : Personel MySTEP
Bil. Kekosongan : Satu (1)
Status Lantikan : Kontrak (Mei 2023 sehingga Disember 2023)
Kadar Upah : RM1,900.00 sebulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan
Caruman PERKESO
Bidang : Undang-Undang / Pentadbiran Awam
Penempatan : Pejabat Penasihat Undang-undang, Ibu Pejabat JUPEM

Syarat Permohonan

1. Warganegara Malaysia;
2. Memiliki diploma dalam undang-undang/ pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi luar negara/ tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
3. Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM; dan
4. Berumur kurang dari 35 umur tahun pada tarikh tutup permohonan.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas

1. Menyemak draf kontrak Perkhidmatan/Pembekalan;
2. Membantu membuat kajian untuk menyediakan pandangan undang-undang (terutamanya berkaitan undang-undang tanah); dan
3. Lain-lain tugas diarahkan oleh Penasihat Undang-Undang dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara rasmi melalui e-mel kepada pengambilanmystep@jupem.gov.my sebelum atau pada 31 Mac 2023
(Jumaat), jam 2.00 petang
dengan tajuk e-mel PERMOHONAN MYSTEP JUPEM.

Senarai dokumen-dokumen permohonan wajib adalah seperti berikut:

1. Resume terkini berserta gambar berwarna;
2. Salinan Sijil Diploma atau kelayakan setaraf dengannya;
3. Salinan Kad Pengenalan; dan
4. Sijil Digital Vaksinasi COVID-19.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2023 (Jumaat), jam 2.00 petang.

Perhatian

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong