1. Pegawai Teknologi Makanan
Tarikh tutup permohonan 13 November 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : JKN Melaka.
Sektor : Kerajaan
Gelaran Tugas : Pegawai Teknologi Makanan
Kelayakan Akademik : Ijazah
Kadar Upah : RM2,100.00 sebulan
Penempatan : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN Melaka.
Syarat Lantikan
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Memiliki ijazah yang diiktiraf dalam bidang Sains (Teknologi Makanan/ Pengajian Makanan/ Pemakanan);
iv) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
v) Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer dan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Excel dan lain-lain;
vi) Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan Program Jaminan Keselamatan Makanan di premis-premis pengeluaran makanan; dan
vii) Keutamaan kepada calon yang mempunyai lesen memandu Kelas D dan memiliki kenderaan sendiri.
Cara Memohon
Sila kemukakan resume berserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik, dokumen-dokumen sokongan dan salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ke alamat yang berikut:
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Unit Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
Jalan Business City, MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06-2356753
(u.p. : Puan Nor Aziyah binti Karha / Puan Norzarina binti Nordin)
*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “Personel MySTEP” berserta gelaran tugas di sebelah kiri atas setiap sampul surat.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 November 2023 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengahari.