1. Juruaudio Visual N19 (Personel MySTEP)
Tarikh tutup permohonan 06 April 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : JKN kedah.
Sektor : Kerajaan
Kekosongan : Satu (1)
Gaji : RM1,700.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan caruman PERKESO.
Penempatan : Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap.
Syarat Kelayakan
1. Berumur tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktoraf setaraf dengannya.
3. Memiliki kemahiran dalam mengendalikan alat siaran.
4. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menulis dengan baik.
5. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta bersedia untuk bekerja diluar kawasan sekiranya diarahkan.
6. Berkebolehan menggunakan kamera untuk tujuan fotografi dan videografi. Kebolehan menghasilkan suntingan seperti poster/ infografik/ video adalah satu kelebihan.
7. Sihat tubuh badan, tidak merokok, cergas dan boleh menerima tugasan dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Cara Memohon
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut selewat-lewatnya pada 6 April 2023 (Khamis);
1. Resume berserta gambar terkini
2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan salinan sijil berkaitan.
3. Salinan Kad Pengenalan
4. Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
Sila emelkan permohonan anda kepada : upkzoom@gmail.com
** Sila tuliskan subjek/ tajuk : Permohonan Jawatan Juruaudio Visual N19 (Personel MySTEP)
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.