Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2023

Jawatan kosong terkini di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP
(STPM/ Diploma)
Gaji : RM1,900.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan Perkeso.

Tarikh tutup permohonan 07 Jun 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : MQA Cyberjaya, Selangor.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Jun 2023

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma dalam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat-Syarat Permohonan

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3679 atau 03-8688 3620/3712. Pertanyaan berkaitan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Jun 2023 (Rabu) jam 4.00 petang.

Catatan Am

1. Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MQA akan dipanggil untuk temu duga.

2. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.

3. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.

4. Pengambilan sebagai Personel MySTEP bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

5. MQA merupakan agensi tunggal yang terletak di Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai cawangan lain.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong