Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SESB Januari 2023

Jawatan kosong terkini di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sepertimana berikut.

Bil. Nama Jawatan Tarikh Tutup
1. Juruteknik Kontrak 18 Januari 2023
2. Tukang Kontrak 27 Januari 2023
3. Tukang Kontrak (Mekanikal) 28 Januari 2023

Tarikh tutup permohonan sehingga 28 Januari 2023.
Lokasi penempatan : SESB Sabah.
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong SESB Januari 2023

1. Juruteknik Kontrak
(Distribution Grid Planning - Zon Tengah, Tenggara , Utara dan Pedalaman)

Maklumat & Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan industri utiliti tenaga sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Keutamaan juga diberi kepada calon yang memiliki perakuan kekompetenan sekurang-kurangnya Penjaga Jentera Elektrik A1
2. Tukang Kontrak

Maklumat & Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal;
  • Tidak rabun warna
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Memiliki perakuan kekompetenan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya Penjaga Jentera Elektrik Kategori A1;
  • Memiliki perakuan kekompetenan Drebar Injin Pembakaran Dalam Sekurang-kurangnya Gred 2;
  • Calon yang memiliki pengalaman dalam operasi / senggaraan set janakuasa dan memiliki kekompetenan lain yang diiktiraf akan diberi keutamaan;
  • Boleh bekerja secara berpasukan;
  • Calon yang mempunyai kemahiran asas komputer adalah satu kelebihan;
  • Calon hendaklah bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah
3. Tukang Kontrak (Mekanikal)

Maklumat & Syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Calon yang memiliki kekompetenan yang diiktiraf seperti dibawah akan diberi keutamaan;
- Memiliki perakuan kekompetenan Drebar Injin Pembakaran Dalam Sekurang-kurangnya Gred 2,
- Mempunyai perakuan kekompetenan Authorised Entrant & Standby Person (AESP)
  • Memiliki sijil kekompetenan Welding;
  • Memiliki lesen memandu jentera berat & operasi Overhead Crane;
  • Calon yang mempunyai kemahiran asas komputer adalah satu kelebihan;
  • Memiliki pengalaman dalam operasi / senggaraan set janakuasa
  • Boleh bekerja secara berpasukan;
  • Calon hendaklah bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah
Cara Memohon

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di eRecruit SESB (sila ke pautan yang diberikan di bawah).

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong