Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, di sini hari ini.
“Iklan permohonan jawatan tetap itu dibuka bermula 6 Januari (hari ini) hingga 21 Januari ini.
“Sehubungan itu saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap dan betul,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr. Zaliha berkata, KKM juga akan memperluaskan perkhidmatan konsultasi klinikal secara dalam talian di 100 klinik kesihatan lagi tahun ini.
Menurutnya, secara keseluruhan, sebanyak 370 klinik di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan seperti ini bagi kes-kes ulangan.
“Begitu juga dengan pelaksanaan di klinik pergigian, perkhidmatan Teledentistry akan dilaksanakan di 114 Klinik Pergigian dan sistem Janji Temu dalam talian di 239 Klinik Pergigian di seluruh negara.
“Saya juga ingin mensarankan agar virtual clinic ini dikembangkan penggunaanya kepada perkhidmatan rawatan Psychiatry yang sering dikaitkan dengan stigma,” katanya.
Katanya, rawatan sebegini adalah lebih menyelesakan kepada kedua-dua pihak termasuk pesakit dan keluarga, serta anggota perawat atau doktor.
Sumber : UTUSAN
Sumber : UTUSAN