Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong NAFAS Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Disember 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagaimana berikut.

1. Kerani
2. Penyelia Ladang
3. Pengurus Ladang

Tarikh tutup permohonan 16 Disember 2022.
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Disember 2022

Jawatan : Kerani

A. BIDANG TUGAS

i) Bidang tugas Kerani di antaranya adalah:
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tugas-tugas pentadbiran am, kewangan, perakaunan, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
  • Membantu menyediakan laporan.
B. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Diploma dalam bidang berkaitan/SPM/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
4. Pengalaman melebihi 1 tahun di dalam bidang yang berkaitan.Keutamaan dalam bidang sumber manusia/kewangan/perakaunan/pentadbiran.
5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
6. Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik

Jawatan : Penyelia Ladang

i) Bidang tugas Penyelia Ladang di antaranya adalah:
  • Membantu menguruskan dokumentasi, pengauditan dan pensijilan Malaysian Palm Oil Board (MPOB).
  • Membantu mengawal selia hal ehwal pengurusan, pengendalian dan keperluan ladang kelapa sawit.
  • Membantu menyediakan laporan perkembangan ladang bagi setiap hari, bulan dan tahunan.
Syarat-syarat Kelayakan untuk memohon:

1. Warganegara Malaysia.
2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda/Diploma/SPM dalam bidang berkaitan/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
3. Pengalaman melebihi 2 tahun di dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan dalam bidang perladangan sawit.
4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
5. Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.

Jawatan : Pengurus Ladang

A. BIDANG TUGAS

i) Bidang tugas Pengurus Ladang di antaranya adalah:
  • Menguruskan dokumentasi, pengauditan dan pensijilan MPOB.
  •  Mengawal selia hal ehwal pengurusan, pengendalian dan keperluan ladang kelapa sawit.
  • Menyediakan laporan perkembangan ladang bagi setiap hari, bulan dan tahunan.
B. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

i. Pengurus Ladang (NAFAS Estates Sdn Bhd)

1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda/Diploma dalam bidang berkaitan/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
3. Pengalaman melebihi 5 tahun di dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan dalam bidang perladangan sawit.
4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik
5. Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.

Cara Memohon

Individu yang berminat serta berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan, hendaklah membuat permohonan di laman portal kerjaya Jobstreet Malaysia di alamat https://www.jobstreet.com.my secara 'online' atau sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.

Iklan, syarat-syarat dan permohonan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong