Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MDA Januari 2023

Jawatan kosong terkini di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) 2023. Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman dan berwawasan untuk mengisi jawatan sebagai

1. KETUA EKSEKUTIF

MDA yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Peranti 2012 (Akta 738) merupakan agensi kawal selia peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya, dan menguatkuasakan undang-undang peranti perubatan Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737), dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Jawatan Kosong MDA Januari 2023

PERANAN:

Tugas dan tanggungjawab Ketua Eksekutif adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012 (Akta 738), antara lain adalah:

• Menerajui organisasi dengan kepimpinan pro-aktif ke arah keberkesanan fungsi Pihak Berkuasa serta pelaksanaan visi dan misi Pihak Berkuasa;
• Melaksana dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang peranti perubatan;
• Membangun dan mengimplementasi strategi-strategi penambahbaikan kawal selia peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya;
• Melapor kepada Menteri Kesihatan, Pengerusi dan Anggota Pihak Berkuasa dalam membangunkan hala tuju strategik Pihak Berkuasa, mengenal pasti isu, melaksanakan pelan operasi bagi mencapai objektif-objektif dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pihak Berkuasa;
• Bertanggungjawab ke atas operasi harian dan pengurusan am Pihak Berkuasa mengikut Pekeliling Kerajaan yang sedang berkuatkuasa;
• Bertanggungjawab membina pasukan pengurusan yang bermotivasi dan berprestasi tinggi.

SYARAT KELAYAKAN:

• Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja;
• Berumur tidak kurang dari 45 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
• Mempunyai minimum 15 tahun pengalaman kerja dalam bidang peranti perubatan atau perkara yang berhubungan dengan peranti perubatan;
• Memiliki minimum 10 tahun pengalaman di peringkat pengurusan kanan;
• Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang saintifik yang relevan dengan peranti perubatan atau perkara yang berhubungan dengan peranti perubatan. Calon yang memiliki ijazah di peringkat yang lebih tinggi adalah satu kelebihan. Memiliki kelulusan tambahan dalam bidang pentadbiran perniagaan juga merupakan satu kelebihan;
• Memiliki pengetahuan teknikal yang relevan dan pengalaman luas dalam bidang peranti perubatan atau perkara yang berhubungan dengan peranti perubatan;
• Mempunyai pemikiran strategik dan berkemahiran tinggi dalam pengurusan organisasi termasuk pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan pengurusan projek;
• Mempunyai personaliti yang positif, kemahiran interpersonal dan komunikasi yang mantap dan efektif dalam membina hubungan yang baik dengan semua pihak di dalam atau di luar organisasi;
• Berkebolehan tinggi menjalin rangkaian dan kerjasama serantau yang strategik dengan sektor Kerajaan, Swasta dan Industri Peranti Perubatan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa;
• Terbuka kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat atau sesiapa yang layak, berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang peranti perubatan atau perkara yang berhubungan dengan peranti perubatan.

GAJI DAN IMBUHAN:

• Gaji permulaan dan Imbuhan pada Gred Utama C – VU7 yang bersesuaian akan dipertimbangkan mengikut jadual gaji pokok yang ditetapkan serta imbuhan-imbuhan yang layak.

• Jadual Gaji Pokok:

Gred Gaji VU7 (Minimum - Maksimum) : RM7,676.00 - RM20,592.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : 9%

CARA MEMOHON:

• Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan komprehensif beserta sekeping gambar terkini yang berukuran passport;

• Semua permohonan hendaklah dikemukakan sebelum Tarikh Tutup Permohonan pada 3 JANUARI 2023 (SELASA) sebelum jam 12:00 TENGAHARI dan di alamatkan kepada:

Unit Khidmat Pengurusan,
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 6, Prima 9, Prima Avenue,
Blok 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p: Pengambilan Jawatan)

• Semua permohonan adalah SULIT. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

MAKLUMAN: Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas selepas 90 hari dari tarikh tutup iklan ini dianggap Tidak Berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong