Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong IDFR Januari 2023

Jawatan kosong terkini di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) 2023. IDFR sedang mencari calon berkelayakan yang mengutamakan hasil dan bersemangat dalam mencapai kecemerlangan prestasi, tekun dan proaktif, untuk menyertai Institut ini dan menjadi sebahagian daripada kami. Kami menjemput calon-calon yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Penyelidik Gred 48

Tarikh tutup permohonan 09 Januari 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong IDFR Januari 2023

JAWATAN & GRED : PEGAWAI PENYELIDIK GRED 48
TARAF JAWATAN : KONTRAK PERKHIDMATAN (COS)
KLARIFIKASI : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JADUAL GAJI MIN. - MAKS. : RM 5,118.00 - RM 11,634.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM270.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan bidang Hubungan Antarabangsa yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT TAMBAHAN

a) Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam skop bidang yang relevan dengan jawatan ini;
b) Mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk menjalankan penyelidikan dan memberi ceramah;
c) Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan.Malaysian University English Test (MUET) Band 4 dan ke atas; dan
d) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) KELAYAKAN dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil BAHASA MELAYU Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TARIKH TUTUP : JANUARI 2023 (ISNIN)

CARA MEMOHON 

a) Calon dikehendaki menghantar e-mel berserta resume kepada vacancy@idfr.gov.my dengan tajuk “Pegawai Penyelidik Gred 48”.

b) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong