1. Pembantu Keselamatan Gred KP19
Tarikh tutup permohonan 11 Disember 2022.
Lokasi penempatan : HPUPM, Selangor.
Sektor : Kerajaan
Kumpulan : Pelaksana
Gaji Pokok : RM1,360.00
Kekosongan : Dua (2)
Taraf Jawatan : Kontrak
Terma Lantikan : Sepenuh Masa
SYARAT LANTIKAN
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00) atau
ii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa melayu dengan memuaskan.
(Gaji Permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP10: RM1,416.40); atau
iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80); dan
d) memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar
e) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 1(c)(i), 1(c)(iii) dan 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN UNIVERSITI
Calon yang pernah atau sedang berkhidmat sebagai Polis Bantuan atau mempunyai Sijil Tamat Lathan Kursus Asas Polis Bantuan akan diberi keutamaan.
RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset Kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis Kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
CARA MEMOHON
Pemohon dikehendaki mengisi Google Form (pautan disertakan di bawah) bersama borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (yang berkaitan dengan jawatan) dan sertakan dokumen-dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang dilampirkan.
Perhatian:-
a. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan;
b. Hanya calon yang dipilih dalam saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga;
c. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, mohon hubungi Unit Sumber Manusia di job_hpupm@upm.edu.my atau 03-9769 9074/9019/9023.
Tarikh tutup iklan adalah pada 11 Disember 2022 (Isnin), 5:00 petang.