Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka KTMB November 2022

Jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri ke temuduga terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sepertimana berikut.

1. Pemandu Lokomotif Rendah
2. Penyenggara Am
3. Penyenggara Landasan

Tarikh Temuduga : 26 November 2022
Masa Pendaftaran : 8.00 Pagi - 10.00 Pagi
Tempat : Ibu Pejabat KTM Berhad, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

Sila bawa bersama semasa menghadiri temuduga:
(i) Resume yang terkini
(ii) Kad pengenalan dan sijil akademik (STPM/SPM) yang asal dan salinan
(iii) Gambar berukuran passport (2 Keping)

Temuduga Terbuka KTMB November 2022

Jawatan : Pemandu Lokomotif Rendah Gred A09G12

Spesifikasi Tugas
  • Bertanggungjawab kepada Pemandu Lokomotif;
  • Menentukan semua peralatan tren dan lokomotif dalam keadaan baik supaya tren dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan mengikut jadual;
  • Membantu Pemandu Lokomotif di dalam pemeriksaan jajaran tren;
  • Membantu Pemandu Lokomotif mengendalikan sesebuah lokomotif samada di dalam perjalanan atau berhenti di stesen / depoh;
  • Membantu Pemandu Lokomotif dalam tugas lansiran;
  • Membantu Pemandu Lokomotif membuat pemeriksaan lokomotif semasa memulakan tugas;
  • Membantu Pemandu Lokomotif semasa berlakunya insiden / kemalangan dalam perjalanan.
Syarat Kelayakan
  • Umur 18 hingga 30 tahun.
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia serta lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan salah satu subjek Sains.
  • Penglihatan V6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna.
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Jawatan : Penyenggara Am Gred PA10G12

Spesifikasi Tugas
  • Membersihkan kawasan sekitar stesen, tandas, bilik VIP, bilik sembahyang, Pejabat Pengurus Stesen, Pejabat Tiket, Platfom dan tempat lain seperti diarahkan oleh Pengurus Stesen.
  • Pemeriksaan dan pembersihan berjadual di setiap kemudahan seperti tandas, lif, tangga, lobi stesen, pejabat, surau, kaunter, bilik VIP, dan platform.
  • Penjagaan dan kebersihan kawasan persekitaran parkir, lanskap, longkang, pagar dan laluan pejalan kaki.
  • Menaik dan menurunkan bendera Malaysia, KTMB dan negeri setiap hari mengikut waktu yang ditetapkan.
  • Mengoperasi poin-poin dan semboyan di bawah arahan Pengurus Stesen.
  • Menyerahkan borang-borang kenyataan semboyan, Perintah Awas dan lain-lain borang iringan kepada Pemandu tren atau Pengawal tren atas arahan Pengurus Stesen.
  • Mempamerkan isyarat Semboyan tangan kepada Pemandu Tren bila mana perlu atas arahan atau pengawasan Pengurus Stesen / Jusemboyan.
  • Menyelenggara sesimpang berkunci kait atau poin tangan (tumbler) semasa penerimaan tren masuk, tren keluar dan lansiran sebagaimana diarah.
  • Menaikkan dan menurunkan alat-alat kelengkapan tren seperti telefon mudah alih, galah dan peti ubat seperti diarah.
  • Memasang dan menanggalkan label-label koc, besi berani belakang
  • Memasang dan menanggalkan besi berani belakang / papan tepi belakang.
Syarat Kelayakan
  • Umur 18 hingga 30 tahun.
  • Lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Penglihatan V6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna.
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Jawatan : Penyenggara Landasan Gred R09G12

Spesifikasi Tugas
  • Menjalankan kerja penyelenggaraan landasan seperti yang diarahkan oleh Tandil dan MUJ (Merinyu Urusan Jalan) dalam jagaannya supaya landasan berada dalam keadaan baik dan selamat bagi perjalanan tren.
  • Menjalankan kerja-kerja penyenggaraan landasan seperti menukar sleeper landasan, menukar sleeper jambatan, mengemas paku, baiki paku longgar, meminyak apit rel dan lain-lain kerja penyengaraan yang diarah oleh MUJ.
  • Menjalankan kerja-kerja kebersihan seperti memotong rumput di kaki lima landasan, membersih longkang, membersih pembentong dan lain-lain seperti diarahkan oleh Tandil / MUJ.
  • Membaiki pagar bocor tepi landasan serta kerja-kerja loading unloading kompanen landasan seperti rel, sleeper, batu balas.
  • Bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa terutama ketika kecemasan.
  • Mematuhi apa-apa arahan dari semasa ke semasa yang diberi oleh MUJ mengikut bidang kerja sebagai Penyenggara Landasan.
Syarat Kelayakan
  • Umur 18 hingga 30 tahun.
  • Lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Penglihatan V6/6 kedua-dua mata tanpa cermin mata dan tidak buta warna.
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong