Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka DBKL November 2022

Temuduga terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menghadiri ke temuduga terbuka jawatan PERSONEL MySTEP di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepertimana berikut.

BIL. JAWATAN KEKOSONGAN TARAF KADAR UPAH
JAWATAN (DIPLOMA) TEMUDUGA TERBUKA PADA 29 NOVEMBER 2022
1. Pen. Pegawai Pertanian (Inventori Pokok) 04 MySTEP RM1,800.00
2. Penolong Pegawai Tadbir 01 MySTEP RM1,800.00
3. Penolong Jurutera (Mekanikal) 01 MySTEP RM1,800.00
4. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar 01 MySTEP RM1,800.00
JAWATAN (SPM) TEMUDUGA TERBUKA PADA 30 NOVEMBER 2022
1. Pembantu Tadbir (Kerani Operasi) 62 MySTEP RM1,600.00
2. Pereka (Grafik) 03 MySTEP RM1,600.00

Temuduga Terbuka DBKL November 2022

TARIKH TEMUDUGA : 
Jawatan MySTEP Bertaraf Diploma :  29 November 2022
Jawatan MySTEP Bertaraf SPM : 30 November 2022

MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi - 10.30 pagi

TEMPAT TEMUDUGA :

Institut Latihan DBKL (IDB)
No. 19 Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram),
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras

UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tahun 2022.

CARA MEMOHON

Calon-calon dikehendaki memuat turun pada pautan yang diberikan di bawah untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.

i. Muat turun bagi jawatan (Diploma) disini
ii. Muat turun bagi jawatan (SPM) disini

Calon yang mempunyai diploma / sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

CATATAN

Semua dokumen salinan perlu DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;

Etika Pemakaian

(a) Mestilah berpakaian kemas, pakaian formal dengan warna yang bersesuaian. Kasut hendaklah bertutup dan berwarna gelap.

(b) Calon lelaki perlu memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (lengan baju tidak boleh dilipat) dan seluar slack berwarna gelap paras buku lali. Rambut mestilah disikat rapi dan kemas. Sekiranya menyimpan misai atau jambang, hendaklah dicukur/dipotong dengan rapi.

(c) Calon wanita perlu memakai pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing atau Two/Three Piece Suit. Sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah kemas dan tidak diwarnakan dengan warna selain warna rambut.

Kegagalan calon menyediakan dokumen dan mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan seperti di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temu Duga Terbuka ini.

TARIKH IKLAN DIBUKA : 22 NOVEMBER 2022 (SELASA)
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong