Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Program PROTEGE-RTW TNB Fasa 8 2022/2023

Jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad (TNB) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepertimana berikut:

1. Program PROTÉGÉ - Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW)

Tarikh tutup permohonan 27 November 2022.
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Berkanun/ Swasta

Program PROTEGE-RTW TNB Fasa 8 2022/2023

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs Ready To Work (PROTEGE-RTW) Fasa 8 (Pengambilan Tahun 2022/2023)


Apa itu PROTÉGÉ-RTW?

a. Program PROTÉGÉ - Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

b. Antara instrumen penting di bawah program PROTÉGÉ-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan

c. Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan.

Struktur Latihan

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 8 bulan dan terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:

a) Soft-skills Training
b) On-the-Job Training (penempatan di TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang turut serta)

Syarat Kelayakan

a. Warganegara Malaysia
b. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia dan selari dengan keperluan bisnes TNB/ Anak Syarikat/ pemain industri bekalan elektrik.
c. SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
d. Had umur tidak melebihi 27 tahun.
e. Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan dan keutamaan diberikan kepada graduan yang telah menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.
f. Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
g. Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik.
h. Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
i. Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama TNB/ Anak Syarikat sebelum ini.

Faedah Penyertaan
  • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan Cuti Tahunan
  • Potongan PERKESO & EiS
  • Bayaran balik rawatan perubatan
Komitmen Pelatih

TNB berhasrat untuk memberikan latihan berkualiti kepada semua peserta PROTEGE-RTW Fasa 8 agar kebolehpasaran para peserta dapat ditingkatkan sebaiknya. TNB juga amat menggalakkan para pelatih PROTEGE-RTW Fasa 8 agar menjadikan Industri Bekalan Elektrik Malaysia sebagai industri utama dalam pemilihan majikan untuk bekerja setelah tamat program. Oleh yang demikian, para pelatih adalah diminta untuk menyempurnakan program latihan sehingga lengkap 8 bulan, melainkan telah menerima tawaran kerja tetap yang setara dengan tahap pendidikan.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong