Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Islam Sarawak (MIS) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Islam Sarawak (MIS) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 45 tahun dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Islam Sarawak (MIS) sebagaimana berikut.

1. Ketua Pegawai Eksekutif

Tarikh tutup permohonan 17 September 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : MIS Sarawak
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Islam Sarawak (MIS) 2024

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 45 tahun dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau Luar Negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
(ii) Ijazah Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang berkaitan

(b) Berpengalaman dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan program dan penyelidikan di jabatan/ agensi/ badan berkanun/ swasta sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun;
Calon yang mempunyai latar belakang Pengajian Islam dan kemahiran khusus dalam bidang teknologi maklumat adalah satu kelebihan

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti di atas adalah dipelawa untuk mengemukakan Borang Permohonan (boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah). Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja berserta salinan sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan) sebelum atau pada 17 September 2024 (Selasa) kepada:

SETIAUSAHA
MAJLIS ISLAM SARAWAK
ARAS 16, MAJMA’ TUANKU ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
LORONG P.RAMLEE, OFF JALAN P.RAMLEE
93400 KUCHING, SARAWAK
(u.p.: UNIT SUMBER MANUSIA, MIS)

Catatan Am

(i) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri sampul surat.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong