Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JPNIN November 2022

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) november 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) sepertimana berikut.

Bil. Jawatan dan Gred Gaji (Min. - Maks.) Lokasi Penempatan Syarat kelayakan
1. Pendidik Taska Genius Perpaduan S29 RM1,493.00 - RM5,672.00 JPNIN Selangor Muat turun
2. Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 RM1,352.00 - RM4,003.00 JPNIN Selangor Muat turun

Tarikh tutup permohonan 30 November 2022.
Lokasi penempatan : JPNIN Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JPNIN November 2022

CARA MEMOHON :

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi BORANG PERAKUAN PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL, KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA yang boleh didapati di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau memuat turun borang di https://www.jpnin.gov.my atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan Dan Kenaikan Pangkat 2005.

3. Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Mykad, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti Sekolah, Sijil Diploma Pendidikan Awal kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan (beserta Transkrip Akademik),salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), salinan Sijil Digital Vaksinasi Covid -19 serta dokumen-dokumen sokongan yang mana berkaitan.

4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 November 2022 (Rabu)

5. JEMPUTAN TEMUDUGA :

a) Permohonan yang : (i) tidak lengkap / tidak jelas (ii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan, (iii) tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, (iv) tidak ditandatangani dan (v) tidak mengikut perintah Am bab ‘A’ 21 bagi calon-calon yang sedang berkhidmat akan ditolak.
b)  Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah mengganggap permohonannya tidak berjaya.
c)  Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungjawab sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong