Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Temuduga Terbuka DBP Oktober 2022

Jawatan kosong terkini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) oktober 2022. Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk menghadiri temu duga terbuka jawatan Kontrak (Personel MySTEP) seperti yang berikut:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Taraf Perkhidmatan : Kontrak (Personel MyStep)
Tempoh Kontrak : 1 November 2022 – 30 Jun 2023
Kadar Upah : RM1,600.00 sebulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan PERKESO
Bilangan kekosongan dan penempatan : 
21 Kekosongan di DBP Hulu Kelang dan 
4 Kekosongan di DBP Ibu Pejabat

Temuduga Terbuka DBP Oktober 2022

SYARAT LANTIKAN

Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:

Kelayakan Akademik

Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia Sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu serta lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.

Kelayakan Pemohon
  • Warganegara Malaysia.
  • Memenuhi syarat kelayakan akademik.
  • Berumur 18 – 35 tahun.
  • Komited, bertanggungjawab, boleh bekerja dalam pasukan dan boleh bekerja dengan bimbingan minimum.
  • Mahir menggunakan komputer (Microsoft Office dan lain-lain).
  • Sanggup bekerja lebih masa tanpa bayaran lebih masa.
MAKLUMAT TEMU DUGA

Temu duga terbuka akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut

Tarikh : 18 Oktober 2022 (Selasa)
Masa : 
Sesi Pertama : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
Sesi Kedua : 2.15 petang – 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat di DBP Hulu Kelang

CARA MEMOHON DAN ETIKA SEMASA TEMU DUGA

1. Calon yang berminat perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong DBP dengan lengkap. Borang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang DBP, atau sila ke pauatn yang diberikan di bawah.

2. Membawa borang yang telah lengkap diisi semasa temu duga.

3. Calon juga perlu membawa dokumen asal dan satu salinan seperti yang berikut:

a) Kad Pengenalan;
b) Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia (mengikut keperluan syarat lantikan);
c) Gambar berukuran pasport (ditampal bersama borang permohonan); dan
d) Sijil akademik, kokurikulum dan kursus yang lain (sekiranya ada).

4. Calon wajib berpakaian kemas dan formal serta berkasut semasa menghadiri temu duga.

5. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat lantikan sahaja yang akan di temu duga (perkara 2).

6. Calon yang tidak mematuhi perkara 1 hingga 5 tidak dibenarkan untuk ditemu duga.

7. Calon dikehendaki hadir 30 minit lebih awal sebelum waktu temu duga bagi tujuan pendaftaran dan semakan dokumen sebelum sesi temu duga.

8. Bagi mengelakkan kesesakan di kawasan temu duga, hanya calon yang hendak menghadiri temu duga sahaja diminta hadir (ahli keluarga dan pengiring tidak dibenarkan masuk). Mohon kerjasama calon untuk beredar dari tempat temu duga dengan kadar segera setelah urusan temu duga selesai.

KEPUTUSAN TEMU DUGA

i. Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat dan e-mel.
ii.  Calon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temu duga ini dianggap tidak berjaya.
iii. Segala keputusan dalam urusan temu duga ini adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan temu duga :

Encik Muammar - 03 – 2147 9346
Puan Norashikin - 03 – 2147 9331

JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong