Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUK Negeri Melaka 2024

Jawatan kosong terkini di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Terbuka kepada calon anak Negeri Melaka sahaja) berumur tidak kurang 18 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK Negeri Melaka) sepertimana berikut.

1. Pembantu Kemahiran Gred H19
Kekosongan : 7 Simpanan : 14

Tarikh tutup permohonan 12 September 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : SUK Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong SUK Negeri Melaka September 2024

1. Pembantu Kemahiran Gred H19
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,377.00 - RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,377.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24); atau
(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 2:

i. Jurukerja Paip;
ii. Tukang Paip dan Kumbahan;
iii. Jurubina Bangunan;
iv. Operasi Pembinaan Bangunan;
v. Mekanik Industri; atau
vi. Pembantu Juruteknik Penyenggaraan Industri Berat.

Senarai keperluan bidang SKM bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3:

i. Juruteknik Kerja Paip;
ii. Penyelia Binaan Bangunan;
iii. Penyelia Penyelenggaraan Elektromekanikal;
iv. Penyeliaan Operasi Pembinaan Bangunan;
v. Juruteknik Penyenggaraan Industri Berat; atau
vi. Juruteknik Industri.

Senarai keperluan bidang SVM

i. Teknologi Elektrik;
ii. Teknologi Kimpalan;
iii. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara; atau
iv. Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan.

Cara Memohon

Permohohan hendaklah dibuat secara online menerusi Portal Pekerjaan SPA (sila kepautan yang diberikan di bawah). Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 12 September 2024 (Khamis), jam 11.59 malam.

Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong