Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKangar 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar) sepertimana berikut.

1. Penolong Pegawai Tadbir N29
2. Pengahantar Notis N11
3. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan pada 27 Oktober 2022.
Lokasi penempatan : MP Kangar, Perlis
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKangar Oktober 2022

Cara Memohon

1. Iklan kekosongan jawatan ini boleh dilihat dalam portal rasmi Majlis Perbandaran Kangar Perlis dengan melayari mpkangar.gov.my atau sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah dan semua borang permohonan jawatan perlu disertakan bersama salinan Sijil/Dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas seperti berikut :

i) Resume;
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang);
iii) Sijil Kelahiran;
iv) Sijil Berhenti Sekolah;
v) Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan);
vi) Sijil Kegiatan Luar (jika ada); dan
vii) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.

3. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

4. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen- dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut :

i) Surat Pengesahan Ketua Jabatan;
ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;
iii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
iv) Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta; dan
v) Salinan penyata gaji yang terkini

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong