Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara (ANM) 2022

Jawatan kosong terkini di Jabatan Akauntan Negara (ANM) oktober 2022. Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia ingin menjemput mana-mana individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) sepertimana berikut:

1. ENOLONG EKSEKUTIF PERKHIDMATAN (SYSTEM DEVELOPEMENT)

Tarikh tutup permohonan pada 24 oktober 2022 (Isnin).
Lokasi penempatan : JANM Putrajaya
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara (ANM) 2022

Syarat/Kelayakan :

1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
2. Memiliki Diploma Sains Komputer/Sistem Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya;
3. Berpengalaman atau mempunyai kemahiran dalam pembangunan sistem bagi membantu menganalisa keperluan program, mereka bentuk, mengaturcara (Coding) dan menyelenggara sistem serta berkeupayaan menyelesaikan masalah (Troubleshooting dan problem solving) yang berkaitan dengan program dan aplikasi sistem;
4. Berkemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext PreProcessor (PHP) dan database MySQL atau kemahiran bahasa pengaturcaraan lain seperti Java, JavaScript, CSS adalah dialu-alukan;
5. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan MS Office dan aspek teknikal seperti pengendalian server, rangkaian dan keselamatan ICT;
6. Bersedia memberikan khidmat sokongan ICT seperti latihan kepenggunaan, dokumentasi dan meja bantuan bagi memastikan kelancaran sistem; dan
7. Boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum dan menguruskan tugasan mengikut keutamaan.

Tawaran :

1. Jumlah kekosongan : 1 kekosongan jawatan;
2. Gaji ditawarkan sebanyak RM1800.00;
3. Status lantikan adalah kontrak;
4. Tempoh lantikan dari 1 November 2022 hingga 31 Disember 2022.
5. Kemudahan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO;
6. Tempat bertugas di Unit Perolehan, Seksyen Pengurusan Kewangan dan Perolehan, BPPP, JANM W.P. Putrajaya.

Sehubungan dengan itu, individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada perolehan@anm.gov.my dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP JANM beserta dokumen resume terkini (Dilengkapi dengan gambar pemohon) dan portfolio atau hasil kerja/projek dalam bidang berkaitan (Jika ada) selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2022 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari. Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya. Sebarang persoalan boleh hubungi: 03-88821075 (Nur Farhana binti Ismail), 03-88821065 (Tuan Khairul Afifi bin Tuan Zin).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong