1. Pegawai Eksekutif Gred N29
(Pekerja Sambilan Harian)
Tarikh tutup permohonan 14 September 2022.
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan kelantan
Sektor : Kerajaan
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian
Kadar Upah : RM72 (Sehari)
Syarat Lantikan
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. (i) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Perhatian Kepada Pemohon
Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
i. Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
ii. Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
iii. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
iv. Diploma (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
v. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik / MQA
Cara Membuat Permohonan
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan atau pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila kemukakan salinan permohonan/dokumen (PDF) melalui link seperti berikut:
https://forms.gle/uoiymy94TUUwebiWA
3. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA: 14 SEPTEMBER 2022 (RABU)