Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2022

Jawatan kosong terkini Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai:-

Bil. Jawatan dan Gred Taraf Jawatan Lokasi Penempatan Permohonan Jawatan
1. Akauntan WA48 Kontrak Lembah Klang Mohon Disini
2. Pegawai Tadbir (Ekonomi) N41 Tetap Lembah Klang Mohon Disini
3. Pegawai Penyelidik Q41/43/47/51/53 Kontrak Pelbagai Lokasi Semenanjung & Sarawak Mohon Disini
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 Tetap/ Kontrak Lembah Klang Mohon Disini
5. Penolong Pegawai Tadbir N29 Tetap Lembah Klang Mohon Disini
6. Penolong Pegawai Tadbir (Penerbitan) N29 Kontrak Lembah Klang Mohon Disini
7. Pembantu Kemahiran H19 Tetap/ Kontrak Lembah Klang Mohon Disini
8. Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Kontrak Lembah Klang Mohon Disini
9. Pembantu Penyelidik Q19 Tetap/ Kontrak Lembah Klang Mohon Disini
10. Pemandu Kenderaan H11 Tetap Lembah Klang Mohon Disini
11. Pembantu Awam H11 Tetap Pelbagai Lokasi Semenanjung Malaysia Mohon Disini
12. Operator Loji H11 Tetap/ Kontrak Pelbagai Lokasi Semenanjung & Sarawak Mohon Disini
13. Pembantu Operasi N11 Tetap Pelbagai Lokasi Semenjung Malaysia Mohon Disini

Tarikh tutup permohonan 26 Ogos 2022
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri, Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) Ogos 2022

Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

4. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

5. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan secara atas talian 'online' (sila ke pautan yang diberikan diatas).

2. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.

3. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

4. Sila muat turun iklan dan syarat kelayakan di bawah.

Catatan Am

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (Unit Pembangunan Sumber Manusia/Seksyen Perjawatan) Lembaga Getah Malaysia di talian 03-9206 2000 ext : 2204

JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

2 comments

  1. Memang guna google forms sahaja ke?
    1. Iya Cik/Tuan permohonan hanya menggunakan Microsoft Office Form Sahaja.
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong