1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (MUALLIM) S19
Tarikh tutup permohonan 20 Julai 2022.
Lokasi penempatan : Kelantan
Sektor : Kerajaan
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
GRED : S19
TARAF JAWATAN : KONTRAK (CONTRACT FOR SERVICE)
KEMENTERIAN / JABATAN : PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN
SYARAT LANTIKAN WAJIB
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
SYARAT LANTIKAN
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED S19:
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bidang / Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab(Komunikasi).
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang / Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang / Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
DAN
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
SYARAT-SYARAT KHAS
• Pemohon adalah rakyat Negeri Kelantan yang menetap di Hulu Kelantan (Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli)
• Keutamaan diberikan kepada lelaki.
• Mempunyai pengalaman tinggal di kampung pedalaman.
• Bagi calon yang berjaya akan ditempatkan di perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.
RINGKASAN TUGAS
• Bertanggungjawab kepada Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhuwwah dan Penolong Pengarah Dakwah Ukhuwwah.
• Mengadakan kelas Fardhu Ain dan Al-Quran kepada masyarakat Orang Asli.
• Bertanggungjawab mengimarahkan masjid dan surau sedia ada di pos masing-masing.
• Memberi kerjasama kepada mana-mana jabatan / agensi yang dating mengadakan program di pos masing-masing.
• Menjadi urus setia dalam setiap program anjuran JAHEAIK yang dilaksanakan di pos masing-masing.
• Membina hubungan yang baik dengan ketua kampung, penghulu, tok batin dan semua masyarakat Orang Asli.
• Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli termasuk urusan perkhawinan, kebajikan, kematian dan sebagainya.
• Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli.
• Menghantar laporan bulanan kepada Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhuwwah.
• Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhuwwah dan Penolong Pengarah Dakwah Ukhuwwah.
Permohonan jawatan secara online disini (Google Form)