Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UTM Jun 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jun 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong terkini di universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagaimana berikut.

Bil Nama Jawatan Taraf Jawatan Lokasi Penempatan
1. Pembantu Operasi N11 Tetap UTM Kuala Lumpur
2. Penolong Pegawai Keselamatan KP29 Tetap UTM Kuala Lumpur
3. Pemandu Kenderaan H11 Tetap UTM Kuala Lumpur
4. Penolong Pegawai Tadbir NA29 Kontrak UTM Kuala Lumpur
5. Pengawal Keselamatan KP11 Kontrak UTM Kuala Lumpur
6. Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 Tetap UTM Kuala Lumpur
7. Penolong Jurutera J29 Tetap UTM Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan 20 Jun 2022
Lokasi penempatan : UTM Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UTM Jun 2022

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

1) Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM.

2) Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

3) Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.

4) Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

5) Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temu duga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan ke atas)

6) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada :

Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong