Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPKangar Januari 2022

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) Januari 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Penduduk Negeri Perlis) dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar, Perlis seperti berikut:

1. Pembantu Operasi Letak Kereta N11

Tarikh tutup permohonan 13 januari 2022
Lokasi penempatan : MPKangar, Perlis
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKangar Januari 2022

SYARAT LANTIKAN

JAWATAN : PEMBANTU OPERASI LETAK KERETA GRED N11
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Kadar Upah : RM54.00 Sehari

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia ;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan;
(ii) Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan P] ;
dan
(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT

1. Iklan kekosongan jawatan ini boleh muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 yang boleh didapatkan dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis. atau muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

3. Semua permohonan jawatan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 dengan disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

(i). Kad Pengenalan (depan dan belakang),
(ii). Sijil Kelahiran,
(iii). Sijil Berhenti Sekolah,
(iv). Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/ atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),
(v). Sijil Kegiatan Luar (jika ada),
(vi). Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
4. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

5. Syarat-syarat tambahan :

(i). Sanggup bekerja lebih masa dan tugas-tugas shif;
(ii). Tempoh bekerja 6 hari seminggu (termasuk hari Sabtu dan Ahad);
dan
(iii). Bertanggungjawab, berdedikasi dan berkemampuan bekerja di bawah tekanan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan tersebut di atas ialah pada 13 Januari 2022 (Khamis), jam 5.00 petang.

ALAMAT PERMOHONAN

1. Permohonan yang lengkap diisi berserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan dan disampaikan kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p. : Jabatan Korporat dan Sumber Manus
ia)

2. Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

MAKLUMAT AM :

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

(i). Tidak menggunakan Borang PABMS/MPK PS-12-R1.
(ii). Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan.
(iii). Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat pengesahan.
(iv). Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang / jelas.
(v). Memohon jawatan yang tidak diiklankan.
(vi). Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
(vii). Borang permohonan tidak ditandatangani.
(viii). Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan;
dan

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

5. Sila ambil maklum pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong