Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023. Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap / Kontrak di :-

• UiTM Shah Alam
• UiTM Cawangan Selangor
• Hospital Al- Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam

Bil. Jawatan dan Gred Gaji (Min. - Maks.) Tarikh Tutup
1. Pensyarah UiTM DM45/51/53/VK7 RM 7,676.00 - RM 11,095.00 11 Sept 2023
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41 RM 2,315.00 - RM 9,618.00 11 Sept 2023
3. Penolong Pendaftar N41 RM 2,080.00 - RM 9,546.00 11 Sept 2023
4. Pegawai Perubatan UD47 RM 5,211.00 - RM 11,769.00 11 Sept 2023
5. Penolong Bendahari W41 RM 2,094.00 - RM 9,585.00 11 Sept 2023
6. Penolong Grafik B29 RM 1,499.00 - RM 5,679.00 11 Sept 2023
7. Pen. Peg. Teknologi Maklumat FA29 RM 1,549.00 - RM 5,684.00 11 Sept 2023
8. Penolong Jurutera JA29 RM 1,549.00 - RM 5,701.00 11 Sept 2023
9. Penolong Pegawai Tadbir N29 RM 1,493.00 - RM 5,672.00 11 Sept 2023
10. Jururawat U29 RM 1,797.00 - RM 5,753.00 11 Sept 2023
11. Penolong Pegawai Farmasi U29 RM 1,797.00 - RM 5,753.00 11 Sept 2023
12. Jurupulih Perubatan U29 RM 1,797.00 - RM 5,753.00 11 Sept 2023
13. Penolong Pegawai Persekitaran U29 RM 1,797.00 - RM 5,753.00 11 Sept 2023
14. Pelukis Grafik B19 RM 1,360.00 - RM 4,032.00 11 Sept 2023
15. Pembantu Kemahiran H19 RM 1,377.00 - RM 4,052.00 11 Sept 2023
16. Pemandu Kenderaan H11 RM 1,218.00 - RM 2,939.00 11 Sept 2023
17. Pembantu Awam H11 RM 1,218.00 - RM 2,939.00 11 Sept 2023
18. Pembantu Operasi N11 RM 1,216.00 - RM 2,983.00 11 Sept 2023
19. Penjaga Jentera Elektrik J19 RM 1,377.00 - RM 4,052.00 11 Sept 2023
20. Pembantu Tadbir (P/O) N19 RM 1,352.00 - RM 4,003.00 11 Sept 2023
21. Pembantu Penyediaan Makanan N19 RM 1,352.00 - RM 4,003.00 11 Sept 2023
22. Pembantu Pembedahan Pergigian U19 RM 1,360.00 - RM 4,052.00 11 Sept 2023
23. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 RM 1,353.00 - RM 4,005.00 11 Sept 2023
24. Pegawai Sains C41 RM 2,317.00 - RM 9,620.00 11 Sept 2023
25. Penolong Akauntan W19 RM 1,498.00 - RM 5,678.00 11 Sept 2023

Perhatian : Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan SAHAJA.

Jawatan Kosong UiTM 2023

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

A. Untuk Bukan Staf UiTM
i) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 28 Ogos 2023 hingga 11 September 2023 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja dengan bayaran RM10.00. Setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.
ii) Setiap pemohon hanya dibenarkan memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.
iii) Pembelian nombor pin BSN boleh dibuat melalui :
a) Kaunter cawangan BSN;
b) Mesin ATM BSN; atau
c) Perbankan internet BSN di https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
iv) Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
v) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan. (Sila ke pautan yang diberikan di bawah)
vi) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
a. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
b. Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
c. Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).

B. Untuk Staf UiTM Sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap dan kontrak di mana pelantikan dibuat oleh
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam hendaklah
memohon melalui sistem aplikasi dalam talian (online) melalui Portal i-Staf → eProses & Sistem
Sokongan → ePengambilan Staf


Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 September 2023 (Isnin).

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan, sila hubungi:

Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR

E-mel Rasmi : bpps@uitm.edu.my

Unit Pengambilan dan Penempatan Staf Akademik
No. Tel. : (03) 5544 3063 / 3417 / 3090 / 3006
(03) 5521 1314 / 1612

Unit Pengambilan dan Penempatan Staf Pentadbiran
No. Tel. : (03) 5544 3005 / 3007 / 3076 / 3085 / 3091 / 3093

Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan SAHAJA.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong