1. Askar Timbalan Setia Negeri Johor
Tarikh tutup permohonan pada 30 Ogos 2021
Lokasi penempatan : Johor
Sektor : Kerajaan
1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Beragama Islam
(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(d) Tidak mempunyai rekod jenayah lampau
(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KJ1: RM1,360.00); dan
1.2 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1.3 Sekolah Agama Kerajaan Johor sekurang-kurangnya darjah 3 dan memiliki Sijil Berhenti Sekolah Agama Kerajaan Johor
2. KELAYAKAN FIZIKAL
2.1 Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i. Tinggi sekurang-kurangnya 168cm tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 52kg;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 18 hingga 27;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 76cm ukuran dada yang biasa dan 81cm
v. semasa menarik nafas;
vi. Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun;
vii. Pengecaman warna dan pendengaran yang baik;
viii. Tiada kesan patah
ix. Tidak bertatoo
3. KELAYAKAN KECERGASAN
3.1 Lulus ujian kecergasan seperti berikut:
i. Larian 2.4 km dibawah 14 minit
ii. Bangkit tubi melebihi 25 kali dalam satu minit
iii. Tekan tubi melebihi 25 kali dalam satu minit
iv. Lompat jarak melepasi 7 kaki
4. KELAYAKAN KESIHATAN
4.1 Lulus pemeriksaan kesihatan yang disahkan oleh Hospital Kerajaan
5. KEFAHAMAN AGAMA
5.1 Boleh membaca dan menulis jawi
5.2 Boleh menghafaz surah-surah lazim
6. SIJIL-SIJIL SOKONGAN
6.1 Mempunyai sijil-sijil sokongan seperti berikut
i. Sijil Kemahiran
ii. Sijil Kokurikulum
iii. Sijil Penyertaan
iv. Sijil Penghargaan
CARA MEMOHON
- Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan, hendaklah memuat turun borang permohonan jawatan pada pautan yang diberikan di bawah.
- Semua permohonan yang telah lengkap dan Diakui Sah hendaklah diposkan kepada:
Unit Pentadbiran
Askar Timbalan Setia Negeri Johor
Markas Kem Sultan Ibrahim, Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru.
No Tel : 07-2243177
Muat turun iklan dan borang permohonan disini