Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) 2024

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Melaka) berumur tidak kurang 18 tahun serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) seperti berikut.

1. Pelukis Pelan (Seni Bina) JA29
2. Pembantu Operasi N11

Tarikh tutup permohonan 11 Oktober 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : PERZIM Melaka.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Oktober 2024

Cara Memohon


1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan PERZIM.

2. Borang Perjawatan PERZIM dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

3. Semua permohonan hendaklah menyertakan sijil atau dokumen berkaitan YANG DISAHKAN dengan tandatangan dan cop pengesahan sama ada oleh Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/ Pengerusi Japerun/ Penghulu/ Pengerusi JPKK/ Sidang disetiap DOKUMEN WAJIB seperti berikut:

i. Sekeping gambar terkini berukuran pasport (gambar swafoto/ selfie tidak dibenarkan);
ii. Salinan Kad Pengenalan baru;
iii. Salinan Sijil Kelahiran;
iv. Lesen Memandu Kenderaan;
v. Salinan sijil/ kelulusan persekolahan;
vi. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini; dan
vii. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4. Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat apabila mengemukakan permohonan.

5. Pengurusan PERZIM berhak menolak dokumen permohonan yang tidak lengkap, tidak kemas, kotor dan terlalu banyak kesilapan serta pengesahan yang tidak layak. Jangan ubahsuai borang tersebut dan pastikan muka surat lengkap sebelum dicetak.

6. Semua dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengurus Besar
Perbadanan Muzium Melaka
Kompleks Muzium Negeri
Jalan Kota, 75000 Melaka
(u.p: Seksyen Khidmat Pengurusan)

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 11 OKTOBER 2024 (JUMAAT) JAM 4.30 PETANG.

8. Bukti penghantaran tidak boleh dijadikan sebagai sebagai bukti penerimaan. Kos penghantaran adalah dibawah tanggungan pemohon dan hanya Borang Permohonan Jawatan PERZIM secara bercetak sahaja diterima dan diproses.

9. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) BULAN DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN hendaklah secara automatik menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

Pautan Muat Turun

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong