Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MBIP — Tarikh Tutup 21 Disember 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Disember 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Johor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai :

1. AKAUNTAN WA41
2. JURUAUDIT W41
3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
4. PENOLONG AKAUNTAN U41
5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
6. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
7. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29
8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
9. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
10. PEMBANTU AKAUNTAN W19
11. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
12. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
13. PEMBANTU AWAM H11

Tarikh tutup permohonan pada 21 Disember 2020
Lokasi penempatan : MBIP Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MBIP — Tarikh Tutup 21 Disember 2020

CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman web Rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) iaitu http://jawatan.mbip.gov.my atau sila ke pautan yang diberikan di bawah.

ii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 17 Bab A Tahun 2005 di bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).

iii) Sebarang masalah berkaitan penjawatan sila hubungi Encik Azrullail bin Masijan di talian 07-5555162 Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

iv) Sebarang kemusykilan sila hubungi Puan Mazlina binti Abdul Majid ditalian 07-5555180 (pej) Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : SEBELUM ATAU PADA 21 Disember 2020

1. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohonpemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan atau yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya.

2. Calon hendaklah menjalani ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Bahagian Sumber Manusia bagi saringan psikologi.

3. Segala sijil kelayakan hendaklah diisi mengikut butiran sijil asal. Pihak Majlis berhak tidak membenarkan tuan/puan untuk ke sesi temuduga jika didapati butiran yang diisi tidak sama dengan sijil asal.

4. Semua salinan sijil hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

5. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab pemohon sendiri.

Iklan dan permohonan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong