1. PEREKA (29)
2. PEMBANTU OPERASI (N11)
3. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (U11)
Tarikh tutup permohonan pada 17 November 2020
Lokasi penempatan : UTM Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
1) Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB) melalui laman web UTM.
2) Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.
3) Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
4) Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
5) Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temuduga dijalankan. (Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas)
6) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
7) Pemohon yang menggunakan kelulusan Peperiksaan Khas, sila memohon secara manual.
8) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada :
Bahagian Pendaftar (Unit Perjawatan)
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur.
Iklan dan syarat kelayakan disini
Permohonan jawatan secara online disini