Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Oktober 2020

Jawatan kosong terkini Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Oktober 2020. Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

1. Pensyarah Universiti Gred DS51

Tarikh tutup permohonan pada 22 Oktober 2020
Lokasi penempatan : USIM Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Oktober 2020

KELAYAKAN
  • Memiliki Ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang yang diperlukan.
  • Memiliki Ijazah Sarjana: 3.60 (CGPA)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda: 3.00 (CGPA)
Bidang
  • Sains Komputer, Matematik Moden & Matematik Tambahan (Calon perlu mempunyai PhD dalam Sains Komputer/Data Sains dan berupaya mengajar subjek Matematik tahap SPM dan Asasi)
  • Bahasa Arab
Syarat
  • Memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi pendidikan negara berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  • Berminat untuk mendidik murid pintar berbakat yang berpotensi tinggi selaras dengan falsafah pendidikan murid Kolej GENIUS Insan untuk ‘Menjana Cendekiawan Islam’.
  • Mempunyai jiwa pendidik dan komited membangunkan potensi murid pintar, kreatif, futuristik dengan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
  • Memahami keperluan kurikulum dan berkeupayaan mengadaptasi untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid pintar berbakat.
  • Berupaya membimbing murid pintar berbakat secara holistik dalam bidang penyelidikan, kokurikulum, sukan, kesenian dan kerohanian bagi membangunkan murid yang seimbang.
  • Sentiasa bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan.
  • Memiliki kesihatan yang baik dari segi emosi, mental dan fizikal.
  • Mempunyai latar belakang pendidikan agama atau pernah mendapatkan pendidikan agama akan diberikan keutamaan.
  • Bersedia memberi khidmat profesional berkualiti tinggi terhadap objektif pendidikan pintar berbakat dan terbuka mempelajari perkara baharu.
  • Berkeupayaan menganalisis data dan membimbing murid untuk asas penyelidikan dan inovasi
  • Berkeupayaan melakukan jaringan dalam dan luar negara bagi manfaat murid pintar berbakat.
  • Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dengan baik dan fasih. Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai kebolehan berbahasa ketiga.
  • Mempunyai kecenderungan mendalam dan memahami proses integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
BUTIRAN PERMOHONAN :

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman web http://www.usim.edu.my mulai 09 Oktober 2020 hingga 22 Oktober 2020. (sila kepautan (link) yang diberikan di bawah). Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988114/88126.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong