Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPSJ Februari 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) februari 2020. Warganegara Malaysia yang terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak di MPSJ seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N52
2. PEREKA GRAFIK B19

Tarikh tutup permohonan pada 17 Februari 2020
Lokasi penempatan : MPSJ, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPSJ Februari 2020

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :

a) Permohonan hendaklah dibuat secara online iaitu melalui PORTAL MPSJ : www.mpsj.gov.my. Sila muat turun manual permohonan.

b) Pihak MPSJ akan menghubungi calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan

1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan seperti berikut:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.

ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan.

iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).

iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

i) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

d) Tarikh tutup permohonan pada 17 FEBRUARI 2020.

Iklan dan permohonan jawatan selanjutnya disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong