1. JURUTERA J41
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PEMBANTU OPERASI N11
Tarikh tutup permohonan pada 20 Februari 2020
Lokasi penempatan : MPKulai Johor
Sektor : Kerajaan
CARA-CARA MEMOHON
a) Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun dari Laman Web rasmi www.mpkulai.gov.my atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah.
b) Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.
c) Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).
d) Bagi kelayakan Sijil/ Diploma/ Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web http://www2.mqa.gov.my/esisraf dan dihantar bersama borang permohonan.
e) Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen-dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.
f) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab 'A' Bil. 17 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2015 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
g) Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULAI,
JALAN PEJABAT KERAJAAN,
81000 KULAI, JOHOR.
U.P. : UNIT SUMBER MANUSIA
Pada atau sebelum jam 3:30 petang pada 20 Februari 2020 dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.
Hanya calon-calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Iklan dan borang permohonan jawatan disini
Hanya calon-calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Iklan dan borang permohonan jawatan disini