Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk senarai tugas di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.
1) Pegawai Sambilan Harian (Ijazah, RM100/hari, 1 Kekosongan)
Tarikh tutup permohonan : Terbuka
Lokasi penempatan : MIROS, Selangor
Sektor : Kerajaan
Senarai tugas yang bakal dijalankan oleh PSH adalah seperti berikut:
i) Melakukan tugas-tugas kajian keperluan pengguna.
ii) Melakukan tugas-tugas kajian penerimaan pengguna dan kajian penerimaan akhir.
iii) Melakukan tugas-tugas serahan akhir setelah pembangunan siap sepenuhnya.
iv) Melaksanakan tugas-tugas meja bantuan seperti menerima aduan pengguna berhubung sistem, mendokumentasi aduan dan menyelesaikan aduan/masalah yang diterima dari pengguna.
v) Melakukan ‘debugging’ bagi masalah yang ditemui didalam sistem.
vi) Melakukan penyenggaraan secara berkala bagi memastikan sistem-sistem berada didalam keadaan optimum.
vii) Melakukan ujian (testing) terhadap perisian bila diperlukan.
viii) Melakukan pemeriksaan tahap keselamatan sistem secara berkala.
ix) Melakukan ‘back-up’ bagi sistem dan pangkalan data.
x) Mendokumentasi kerja-kerja yang dilaksanakan dan mengikut keperluan.
Kemahiran yang dikehendaki:
Language:
- PHP
- SQL
- Xampp
- MySQL
- Xampp
- MySQL
- CSS
Pemohon yang berminat dikehendaki untuk menghantar salinan resume dan surat iringan (cover letter) yang menyatakan kemahiran seperti yang dinyatakan di atas ke alamat itm@miros.gov.my.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga.