Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MBSA Februari 2020

Jawatan Kosong Shah Alam terkini di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U44
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PENOLONG JURUTERA JA29
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29
5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
7. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
8. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
9. PEMBANTU TADBIR ( P/O) N19

Tarikh tutup permohonan pada 17 Februari 2020
Lokasi penempatan : MBSA, Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MBSA Februari 2020

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;

iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;

iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;

v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;

vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Seksyen Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor


Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong