1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19
2. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
Tarikh tutup permohonan 28 Februari dan 02 April 2020
Lokasi penempatan : Hospital Shah Alam
Sektor : Kerajaan
JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19
Industri
Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
Deskripsi Jawatan
Kerani Pertanyaan melayani pertanyaan peribadi, bertulis dan mel elektronik, serta menjawab pertanyaan dan aduan melalui telefon berhubung dengan barangan, perkhidmatan atau dasar organisasi serta menyediakan maklumat dan merujuk kepada sumber lain. Mereka ditempatkan di premis yang membolehkan mereka berhubung secara langsung dengan pelanggan.
Tanggungjawab
- Menyampaikan perkhidmatan yang responsif dan mesra kepada semua urusan pelanggan dan memaklumkan perkembangan sehingga urusan selesai.
- Membantu mengendalikan dan memahami perkara yang dibangkitkan oleh pelanggan, seterusnya mengambil tindakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan yang dapat membantu pelanggan berurusan.
- Melayani pelanggan yang berurusan meliputi pertanyaan, aduan, khidmat nasihat dan maklum balas pelanggan.
- Menghebahkan penambahbaikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.
- Membantu menguruskan aduan pelanggan yang datang secara bersemuka atau melalui telefon.
- Bertanggungjawab mengendalikan panggilan telefon daripada luar dan dalam yang berurusan dengan kaunter informasi.
- Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Unit dari masa ke semasa
- STPM/STAM/HSC/A-LEVEL
- SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Kemahiran
Information Services
Tarikh tutup permohonan pada 02 April 2020
JAWATAN : PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11
Industri
Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
Deskripsi Jawatan
Pembantu Penjagaan Kesihatan menyediakan penjagaan peribadi dan bantuan dalam aktiviti harian pesakit dan penduduk dalam pelbagai persekitaran penjagaan kesihatan seperti di hospital, klinik, kediaman dan pusat kemudahan penjagaan kejururawatan.
Tanggungjawab
Fungsi utama Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Sambilan adalah untuk membantu tugas-tugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pengimejan dan Diagnostik, Unit Rawatan Rapi, Unit Pembedahan Am, Jabatan Perubatan Am, Oftamologi dan Wad Obstetrik dan Ginekologi.
Kelayakan Akademik
- STPM/STAM/HSC/A-LEVEL
- SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Kemahiran
Medical Practice
Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2020
JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
Industri
Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
Deskripsi Jawatan
Bertanggujawab dalam Bidang Teknologi Maklumat
Kelayakan Akademik
- DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN INFORMATION TECHONOLOGY & COMMUNICATION
Kemahiran
Healthcare Information Technology
Tarikh tutup permohonan 28 Februari 2020
CARA MEMOHON
Individu yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang di iklankan diatas, hendaklah membuat permohonan pada Laman Portal Kerjaya JobsMalaysia di alamat www.jobsmalaysia.gov.my. atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah. Bagi individu yang belum mendaftar di laman Portal JobsMalaysia hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.