Protege Entreprenuer Teknikal
- Objektif utama PROTÉGÉ Entrepreneur - Technical adalah mendedahkan peserta dengan asas keusahawanan (entrepreneur mind setting) melalui latihan intensif dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan peserta samada usahawan atau pekerja melalui entrepreneurial thinking.
- Latihan Teknikal – 11 hari di TNB Intergrated Learning Solutions Sdn. Bhd. (ILSAS) Bangi, atau Malim Nawar / Johor Bahru.
- Program usahasama dengan Program Pembangunan Vendor (PPV), Bahagian Procurement & Supply Chain, Tenaga Nasional Berhad.
i) Pencawang atau
ii) Talian Atas atau
iii) Kabel atau
iv) Penjangkaan (Metering)
Syarat Kelayakan Am
Faedah Penyertaan
Syarat Kelayakan Am
- Warganegara Malaysia
- Sijil / Diploma Elektrikal, Elektronik, Mekatronik atau yang setara.
- SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus mata pelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
- Had umur tidak melebihi 28 tahun.
- Keutamaan diberi bagi mereka yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Pendapatan B40 & M40)
- Tiada masalah kesihatan.
Faedah Penyertaan
- Peserta yang berjaya menyempurnakan program akan ditauliahkan 3 sijil iaitu Tenaga Safety Passport, Sijil CIDB dan Sijil Kemahiran Teknikal/ Sijil Kelayakan Teknikal.
- Peserta turut berpeluang bekerja dengan Kontraktor Kerja Bumiputera (KKB) / vendor TNB dengan kelayakan yang diperolehi melalui program ini.