1) PENSYARAH SAMBILAN (SEPENUH MASA)
Tarikh tutup permohonan pada 16 Januari 2020
Lokasi : UiTM Machang, Kelantan
Sektor : Kerajaan
SYARAT DAN KRITERIA PEMILIHAN
a. Mempunyai syarat asas pelantikan Gred 41 untuk pengajaran peringkat Diploma dan Gred 45 untuk pengajaran peringkat ijazah seperti berikut :
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti dan;
ii. Memiliki PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Kedua Tinggi bagi tahap kelayakan (Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana) yang diperlukan untuk peringkat pengajaran (Diploma / Ijazah Sarjana Muda) dan;
iii. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf dan;
iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik.
b. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan telah selesai menghadiri konvokesyen
c. Mempunyai pengalaman mengajar dan kemahiran menggunakan teknologi bagi tujuan pengajaran merupakan satu kelebihan
d. Mempunyai rekod peribadi yang baik (Contoh : Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan)
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan http://www.kelantan.uitm.edu.my atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.
b. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
● Kad Pengenalan
● Sijil SPM / MCE, HSC / STPM atau setaraf
● Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
c. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan
d. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Januari 2020 (Khamis).
Sila kemukakan permohonan kepada :
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Kelantan
Bukit Ilmu
18500 Machang
KELANTAN DARUL NAIM
No.Tel : 09 - 976 2017 / 2012
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Kelantan
Bukit Ilmu
18500 Machang
KELANTAN DARUL NAIM
No.Tel : 09 - 976 2017 / 2012