Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MPPG - Tarikh Tutup 30 Januari 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta`zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sebagai :-

1. Pegawai Hidupan Liar G41
2. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
3. Penolong Juruukur Bahan JA29
4. Penolong Jurutera JA29
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Penolong Pegawai Penilaian W29
7. Penolong Juruaudit W29
8. Penolong Akauntan W29
9. Penolong Pegawai Pertanian G29
10. Penolong Pegawai Penguat kuasa KP29

Tarikh tutup permohonan pada 30 Januari 2020
Lokasi penempatan : MPPG Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPPG Januari 2020

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan bayaran RM1.00 setiap borang yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan MPPG atau muat turun secara percuma melalui laman web www.mppg.gov.my. atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.


2. Semua permohonan hendaklah disertakan :-
  • Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
  • Salinan Sijil-Sijil Persekolahan / Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Lesen Memandu
  • Gambar warna berukuran passport
Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada, Serta dialamatkan kepada;

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG
ARAS 19, MENARA AQABAH
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
(U.P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 JANUARI 2020

3. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 17 Bab A Tahun 2005 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan).

4. Hanya calon yang layak untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Permohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap hendaklah menganggap permohonan mereka Berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK:
  • Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak ditandatangani
  • Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap
  • Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan
  • Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan
  • Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan
  • Tidak menyatakan gambar passport berwarna
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong