Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan adalah calon yang dilahirkan dan menetap di Negeri Kedah) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) sebagai:

1. PENOLONG JURUTERA JA29
2. PENOLONG AKAUNTAN W29
3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
4. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

Tarikh tutup permohonan pada 23 Januari 2020
Lokasi penempatan : Majlis Daerah Padang Terap (MDPT), Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) Januari 2020
CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT

1) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

2) Sila nyatakan jawatan yang dimohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

a) Sijil Kelahiran

b) Kad Pengenalan

c) Sijil-sijil Persekolahan

d) Sijil Berhenti Sekolah

e) Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah) * Mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon

f) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima)

g) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport

h) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

3) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

4) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

5) Borang permohonan boleh dimuat turun secara percuma di laman web rasmi www.mdptk.gov.my/ms/rakyat/peluang-pekerjaan mulai 01 Januari (Rabu). atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah.

6) Borang permohonan jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

TUAN SETIAUSAHA,
MAJLIS DAERAH PADANG TERAP,
06300 KUALA NERANG,
KEDAH DARUL AMAN.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 23 JANUARI 2020 (KHAMIS) SEBELUM JAM 3.30 PETANG

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong