Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Februari 2020

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ambilan Februari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di MBAS sebagai :

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
2. JURUTERA J41
3. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
4. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
5. PENOLONG JURUTERA JA29

Tarikh tutup permohonan pada 09 Februari 2020
Lokasi penempatan kerja : MBAS Alor Setar, Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Februari 2020

Cara Memohon

i. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar yang boleh didapati dengan memuat turun melalui Laman Web Rasmi MBAS di www.mbas.gov.my . atau sila muat turun pada pautan link yang diberikan di bawah.

ii. Borang permohonan jawatan yang lengkap diisi beserta dengan salinan dokumen perlu dihantar menggunakan sampul surat berukuran saiz A4 ke alamat:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR SETAR, KEDAH.

iii. Tiada sebarang caj bayaran dikenakan kepada pemohon jawatan MBAS.

iv. Borang permohonan jawatan boleh diserahkan di kaunter Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11, Menara MBAS, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah.

v. Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat permohonan.

vi. Satu borang permohonan jawatan hanya untuk satu jawatan yang dipohon sahaja.

vii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen berikut ;
  • Gambar berukuran pasport
  • Kad pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil-sijil persekolahan dan pusat pengajian tinggi
  • Transkrip keputusan peperiksaan
  • Lain-lain dokumen sokongan( sekiranya perlu )
Salinan Dokumen Tidak Perlu Pengesahan Salinan Sebenar .

viii. Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

xi. Borang permohonan jawatan seperti berikut akan ditolak :
  • Pemohon tidak memenuhi syarat-syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
  • Borang permohonan tidak lengkap diisi oleh pemohon. Pemohon diminta mengisi dengan lengkap semua ruangan yang disediakan pada borang permohonan jawatan MBAS.
x. Bagi kelayakan Ijazah atau Diploma dari pelbagai institusi pengajian tinggi, pemohon perlu melampirkan salinan pengiktirafan kelayakan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif http://pengiktirafan.jpa.gov.my.

xi. Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian dan temuduga. CALON YANG BERJAYA AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI E-MAIL.

xii. Surat tawaran kepada calon yang berjaya akan dihantar melalui E-mail sahaja. Sila pastikan alamat E-mail ditulis dengan tepat dan betul.

xiii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

xiv. Iklan perjawatan ini boleh dirujuk dengan melayari laman web rasmi MBAS di www.mbas.gov.my sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Iklan dan syarat kelayakan selanjutnya disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong