BIL. | JAWATAN | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM |
---|---|---|---|
1. | PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41 | RM 2,083.00 | RM 9,549.00 |
2. | PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV29 - KIMPALAN - BAIKPULIH BADAN KENDERAAN - AUTOMOTIF - SELENGGARAAN ALATAN - SENI BINA - BANGUNAN - MARIN - LUKISAN REKABENTUK - ELEKTRONIK - PEMBUATAN - MEKANIK INDUSTRI - FABRIKASI LOGAM - KEJURUTERAAN ELEKTRIK KUASA - KEJURUTERAAN ELEKTRIK DOMESTIK - BEKALAN AIR DAN PEMBETUNGAN - PENYAMAN UDARA - JENTERA BERAT |
RM 1,549.00 | RM 5,701.00 |
3. | PENOLONG JURUTERA JA29 - AWAM - ELEKTRIK |
RM 1,549.00 | RM 5,701.00 |
4. | JURUTEKNIK KOMPUTER FT19 | RM 1,377.00 | RM 4,052.00 |
5. | PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 | RM 1,352.00 | RM 4,003.00 |
6. | PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 | RM 1,353.00 | RM 4,005.00 |
7. | PEMANDU KENDERAAN H11 | RM 1,218.00 | RM 2,939.00 |
8. | PEMBANTU OPERASI N11 | RM 1,216.00 | RM 2,983.00 |
Tarikh tutup permohonan pada 26 Januari 2020
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON:
i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
ii. Permohonan hendaklah dibuat dengan secara online yang boleh dilayari melalui laman website MARA www.mara.gov.my. atau sila klik pada pautan link yang diberikan di bawah.
iii. Salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan oleh pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi dan hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.
iv. Hanya permohonan yang dibuat secara online melalui laman website MARA sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.
v. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 Januari 2020.
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
KAEDAH PELAKSANAAN:
i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatanjawatan yang menetapkan kelayakan ijazah dan diploma, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.
ii. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
iii. Pemohon yang mempunyai diploma dan ijazah sarjana muda hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri temu duga nanti.
iv. Pemohon yang berjaya dalam temu duga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
v. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.
PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini