Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini LPNM ‒ Tarikh Tutup 02 Februari 2020

Jawatan kosong terkini di Lembaga Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Februari 2020. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
3. Setiausaha Pejabat N29
4. Pembantu Ehwal Ekonomi E19
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Tarikh tutup permohonan pada 02 Februari 2020
Lokasi penempatan : LPNM, Johor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong LPNM ‒ Tarikh Tutup 02 Februari 2020


CARA PERMOHONAN

1. Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong yang tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my atau sila ke pautan link yang diberikan di bawah.

2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

3. 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun terkini berturut- turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 Tahun dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM.

7. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran
vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii) Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)

8. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 02hb Februari 2020 (Ahad);

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Unit Pengurusan Sumber Manusia)


Iklan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong