1. PEGAWAI SAINS GRED C41 (EMBRIOLOGI)
Tarikh tutup permohonan pada 02 februari 2020
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Jawatan : Pegawai Sains Gred C41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM2,317.00 - RM9,620.00
Kadar kenaikan Gaji Tahunan : RM225
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(b) had umur pelantikan:
i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Cara Memohon
Individu yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara 'online' pada laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Malaysia (SPA8i) di alamat http://www.spa.gov.my ATAU sila klik pada link permohonan secara online di bawah.
Calon-calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar.
Tarikh tutup bagi jawatan adalah pada 03 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.
Permohonan baru atau kemaskini permohonan secara online disini
LIHAT JUGA JAWATAN KOSONG KKM YANG LAIN :
Jawatan Kosong KKM Negeri Selangor Februari 2020
Jawatan Kosong KKM Negeri Sabah Februari 2020
Jawatan Kosong KKM Negeri Selangor Februari 2020
Jawatan Kosong KKM Negeri Sabah Februari 2020