Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) Januari 2020

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. KETUA PENOLONG PENGARAH GRED DG48

Tarikh tutup permohonan pada 17 Januari 2020
Lokasi penempatan : JPN Negeri Perlis
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Pendidikan Negeri Perlis - JPN Perlis - Januari 2020

SYARAT KELAYAKAN UMUM

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48(KUP)/DG48 hakiki/DG52(KUP) yang sedang berkhidmat di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis;

b) Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah;

c) Tempoh perkhidmatan masih berbaki sekurang-kurangnya lima (5) tahun;

d) Tidak berada di laluan cemerlang;

e) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 80% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;

f) Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun

g) Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

h) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

PERMOHONAN

a) Permohonan mestilah melalui Guru Besar/Pengetua / Ketua Jabatan masing- masing mengikut Perintah Am Bab “A” Perkara 21.
b) Salinan sijil-sijil, markah prestasi 3 tahun terkini dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.

c) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diterima.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 Januari 2020 (Jumaat)

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
JALAN TUN ABDUL RAZAK
01990 KANGAR
PERLIS
(U.P.: UNIT PENGURUSAN BAKAT)


CATATAN:

1. Pegawai yang mempunyai pengalaman pentadbiran di sekolah digalakkan memohon

2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan berkaitan temuduga iaitu kos penginapan, pengangkutan, makan dan minum adalah di bawah tanggungansendiri.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong