Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Januari 2020

Jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ambilan Januari 2020. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah untuk mengisi kekosongan jawatan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) sepertimana berikut :-

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19

Tarikh tutup permohonan pada 23 Januari 2020
Lokasi penempatan : DBKK Sabah
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Januari 2020

JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19

1. MAKLUMAT JAWATAN/PENEMPATAN

(a) Taraf Lantikan : Pekerja Sambilan Harian (Bergaji Hari)

(b) Bilangan Pengambilan : Satu (1) orang

(c) Gaji/Upah : RM54.00 sehari

(d) Jabatan Penempatan : Jabatan Teknologi Maklumat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu


2. SYARAT-SYARAT LANTIKAN MINIMUM

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan (Komputer/Teknologi Maklumat/Multimedia dan sebagainya) yang diiktiraf oleh Kerajaan.

atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijl Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan (Komputer/Teknologi Maklumat/Multimedia dan sebagainya) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan (Komputer/Teknologi Maklumat/Multimedia dan sebagainya) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

DAN

(c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 2(b)(i),(ii) dan (iii) di atas mestilah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. BIDANG TUGAS

i. Multimedia (Juruvideo, Jurugambar dan Pereka Bentuk Grafik)

(a). Berkemahiran dalam membuat rakaman video/gambar untuk program rasmi DBKK termasuk pengendalian dan penghasilan rekod-rekod video menggunakan perisian Edius Pro 9 dan Adobe Premier atau perisian multimedia yang setara.

(b) Berkemahiran dalam reka bentuk grafik seperti banner, streamer, backdrop, billboard, logo, buku program, atur cara dan sijil menggunakan perisian Photoshop atau perisian multimedia yang setara.

(c) Berpengalaman dan berkemahiran dalam mengendalikan peralatan video dan kamera.

(d) Boleh menghasilkan kerja berkaitan montaj/tayangan multimedia untuk program rasmi DBKK.

(e) Membantu menyediakan dan mengendalikan peralatan multimedia semasa program rasmi DBKK.

CARA MEMOHON

a. Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah.

b. Untuk keterangan lanjut sila berhubung Puan Noorhayati Buang di talian 088-244000

c. Borang permohonan yang telah dilengkapi beserta dengan salinan sah Sijil Lahir, Kad Pengenalan, Sijil-sijil Kelayakan Akademik dan Gambar Berukuran Pasport hendaklah dikemukakan kepada:-

PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
NO. 1, JALAN BANDARAN
88675 KOTA KINABALU, SABAH


Atau serahan tangan ke:-

JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
TINGKAT 7, BANGUNAN CENTRE POINT SABAH


Tidak lewat dari tarikh 23 JANUARI 2020.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong