1. KETUA PEGAWAI OPERASI-OPERASI SOKONGAN
2. EKSEKUTIF KEANGGOTAAN
Tarikh tutup permohonan 27 Disember 2019 & 09 Januari 2020
Lokasi penempatan : Seri Kembangan, Selangor
Sektor : Swasta / Berkanun
JAWATAN : KETUA PEGAWAI OPERASI-OPERASI SOKONGAN
RINGKASAN TUGAS
Membantu Ketua Pegawai Eksekutif membangunkan dasar dan matlamat yang meliputi operasi dan sokongan terhadap keseluruhan perniagaan KOPUTRA, prestasi kewangan, pemantapan sumber manusia, sistem and infrastruktur yang effektif, kelancaran operasi dan sistem pentadbiran yang cekap. Membantu menyusun belanjawan syarikat, dan menggunakan strategi untuk melindungi aset dan stok. Menyusun laporan kewangan, dan mengawal dasar dan prosedur kewangan.
Mengawal selia pentadbiran, sokongan dan fungsi operasi perniagaan harian, bekerjasama dengan pihak pengurusan untuk melaksanakan strategi perniagaan selaras dengan dasar-dasar, matlamat dan objektif yang telah ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Anggota Lembaga KOPUTRA (ALK)
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
KEPIMPINAN
- Memantau pengurusan dan operasi KOPUTRA.
- Melulus, memantau dan mengkaji semula keberkesanan amalan tadbir urus dan menyediakan etika pengurusan yang cekap dan efektif serta berintegriti secara menyeluruh.
- Memastikan pengurusan yang baik dalam menjalankan tugas-tugas
- Mengarahkan pembangunan dan pemasangan prosedur dan kawalan, untuk menggalakkan komunikasi dan aliran maklumat yang mencukupi ke arah hala tuju KOPUTRA.
- Menyokong dan melaksanakan dalam pelan perancangan perniagaan yang ditetapkan berdasarkan matlamat KOPUTRA
- Mengkaji dan memantau pembangunan pelan strategik dan hala tuju koperasi berkenaan dengan peluang, ancaman dan risiko kepada KOPUTRA.
- Bekerjasama dalam aktiviti perniagaan KOPUTRA bagi memastikan setiap perancangan perniagaan dilaksanakan mengikut jangkamasa dan sasaran yang ditetapkan
- Menjalin dan mengekalkan hubungan perniagaan yang baik dengan “regulator”, rakan niaga dan pihak berkepentingan bagi memastikan kelestarian perniagaan KOPUTRA
- Menyediakan kemudahan fasiliti yang mencukupi dan terkini dalam menyokong pertumbuhan perniagaan.
- Memastikan kepatuhan peraturan-peraturan koperasi seperti yang telah ditetapkan di dalam Akta, Undang-undang Kecil, garis panduan dan aturan-aturan.
- Menerapkan budaya pematuhan dan pengawalan risiko kepada setiap peringkat kakitangan bagi mengelakan perlanggaran dan ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan kepentingan koperasi.
- Memastikan semua kakitangan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan
- Merancang, menilai dan membuat keputusan dalam menentukan keupayaan sumber manusia sedia ada.
- Menyediakan pembangunan modal insan dari segi latihan, kemahiran, kaunseling, bimbingan dan pembelajaran bagi meningkatkan tahap keupayaan dan kebolehan setiap individu
- Menyediakan perancangan “Succession Planning” dan peluang pembangunan kerjaya kepada setiap kakitangan
- Memastikan kepentingan dan kebajikan pekerja sebagai individu dipelihara dan dilindungi.
- Menyediakan dan memastikan keselamatan dan keselesaan kakitangan di tempat kerja.
- Menilai dan melaksanakan proses yang lebih baik dan teknologi baru, dan bekerjasama dengan pihak pengurusan mengenai pelaksanaan penambahbaikan.
- Merancang dan menyediakan pelan perniagaan dan bajet tahunan koperasi
- Meneliti dan membuat kajian bajet dan pelan perniagaan koperasi secara bulanan.
- Mengarahkan operasi dalaman untuk mencapai keputusan belanjawan dan kriteria kewangan yang lain dan kawalan perbelanjaan
- Memastikan setiap unit perniagaan mencapai keputusan belanjawan dan kriteria kewangan yang ditentukan.
- Melaporkan KPI KOPUTRA (Petunjuk Prestasi Utama) kepade Ketua Pegawai Eksekutif dan ALK
- Melaporkan prestasi kewangan dan pelan tindakan setiap unit perniagaan secara berkala kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan ALK.
- Memantau invois, prosedur pengendalian wang, proses perakaunan dan bank.
- Menyediakan laporan prestasi kewangan yang tepat pada masanya dan tepat
- Melaksanakan sebarang tugas rasmi KOPUTRA yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Anggota Lembaga dari semasa ke semasa.
- Memastikan perlaksanaan perniagaan dapat memberi impak positif kepada pihak-pihak berkepentingan untuk meningkatkan nilai KOPUTRA bagi mengekalkan tahap koperasi terbaik
- Berkelayakan Ijazah Sarjana Muda didalam Pengurusan Kewangan atau Pengurusan Perniagaan atau setara dengannya,
- Pengalaman melebihi 10 tahun di dalam bidang kewangan dan yang berkaitan
- Berkebolehan dalam komunikasi.
- Berpengalaman bekerja dalam Koperasi
- Kepimpinan
- Pemikiran berstrategi
- Pencapaian Keputusan
- Pembuatan keputusan
- Pengurusan Kewangan
JAWATAN : EKSEKUTIF KEANGGOTAAN
*Berpengalaman dalam KOPERASI selama 2 tahun
*Mempunyai pengalaman dalam menguruskan keanggotaan
KEANGGOTAAN
- Mengisi data dan menyemak permohonan kakitangan Bank yang memohon menjadi ahli anggota.
- Menguruskan pendaftaran anggota
- Mendapatkan kelulusan permohonan dari Anggota Lembaga Koperasi
- Menguruskan Surat pengesahan anggota
- Menguruskan Surat penamaan /wasiat
- Membuat semakan dan bayaran kepada ‘Non-Member’.
- Membuat bayaran ‘Introducer’.
- Membuat semakan anggota baru di dalam sistem CMS
- Membuat semakan anggota henti dan bayaran anggota henti yang genap setahun
- Menyenaraikan rayuan anggota henti untuk dibentangkan ke mesyuarat Biro Pembiayaan.
- Mengemaskini sistem CMS autopay ‘no’ bagi anggota yang berhenti kerja.
- Mengemaskinikan rekod modal saham/caruman anggota
- Mengemaskini bayaran caruman bulanan dari senarai potongan anggota.
- Mengemaskinikan bayaran anggota ke dalam lejar perseorangan modal saham.
- Mengemaskinikan surat menyurat bagi penambahan /pengurangan/ penangguhan caruman.
- Berpindah cawangan / tempat tinggal
- Alamat surat menyurat
- Menjawab telefon dari anggota dan pelanggan.
- Menerima dan merekodkan masalah atau bantahan dari anggota dan pelanggan serta menyampaikan maklumat kepada yang terlibat.
- Melaksanakan sebarang tugas yang berkaitan dengan KOPUTRA yang diarahkan oleh Pengurus, Ketua Pegawai Operasi dan Ahli Lembaga Koperasi KOPUTRA dari masa ke semasa.
Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah membuat permohonan di laman portal kerjaya Jobstreet Malaysia : https://www.jobstreet.com.my secara 'Online' atau sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.
Iklan dan permohonan jawatan secara online disini