1. PERAJURIT MUDA TLDM (LELAKI/WANITA)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN (TERBUKA)
Lokasi : TLDM Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
Syarat Asas Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2020.
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
- Tidak rabun warna.
Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
SYARAT FIZIKAL
Tinggi:
Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat:
Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25
KELAYAKAN AKADEMIK
i) SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
ii) SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
iii) SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
iv) SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
v) DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
CARA MEMOHON
1. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
2. Log masuk ke bahagian pemohon.
3. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
4. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
CATATAN AM
- Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
- Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
- Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.